YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Tuesday 27 November 2012

Cinta Jarak Jauh


Pernahkah anda berjauhan dengan pasangan anda untuk suatu tempoh masa yang lama? Mampukah anda mempertahankan cinta sekiranya si dia tiada di depan mata? Sememangnya cinta jarak jauh besar dugaannya kepada pasangan yang mengalaminya. Setiap masa diri ini sentiasa merindukan dirinya yang jauh. Apakan daya, jarak menjadi penghalang.
Kunci kebahagiaan bagi pasangan jarak jauh semestinya bermula daripada kepercayaan dan kesetiaan. Berada jauh daripada sisi pasangan sedikit sebanyak boleh menimbulkan rasa cemburu terhadap pasangan. Lebih-lebih lagi, jika si dia merupakan individu yang terbuka, mudah bergaul dan sering bertemu orang ramai. Yang penting anda mestilah berfikiran positif. Cemburu tidak bertempat dan membuta-tuli hanya akan membunuh hubungan anda. Sikit-sikit cemburu bolehlah. Kata orang, cemburu tandanya sayang. Asalkan tidak keterlaluan, nanti dikatakan paranoid dan obsessif pula. Letakkan rasa percaya bahawa si dia juga mencintai dan merindui anda.
Komunikasi adalah sangat penting. Cari masa untuk berhubung. Dalam dunia yang serba maju sekarang, tidak sukar untuk kekal berhubung.Tidak kiralah melalui panggilan telefon, sembang maya, emel, laman sosial dan sebagainya. Dengan adanya  komunikasi yang berkesan, anda berdua bolehlah saling berkongsi perasaan, cerita, masalah dan lebih mudah juga untuk menyelesaikan sebarang konflik yang mungkin wujud antara pasangan. Kegagalan untuk berkomunikasi dengan baik menyebabkan ketiadaan persefahaman yang menjadi punca kepada kebanyakan masalah dalam perhubungan, lebih-lebih lagi cinta jarak jauh.
Cuba untuk berjumpa. Sekerap mana pun anda bergayut kat telefon, video chat 24 jam, emel tak putus-putus, anda berdua masih perlu berjumpa. Kata orang, untuk mengeratkan perasaan anda. Semakin lama anda tidak berjumpa dengan pasangan anda,kebarangkalian perasaan sayang itu pudar semakin tinggi. Tapi kalau boleh, bukan sebelah pihak saja yang cuba untuk datang melawat. Sebaiknya bergilir-gilir supaya pasangan anda tidak merasakan hanya mereka sahaja yang berusaha untuk mempertahankan hubungan. Dan bila berkesempatan berjumpa, hargailah sepenuhnya masa bersama si dia kerana bukan mudah bagi pasangan jarak jauh untuk berjumpa.
Sememangnya cinta jarak jauh bukan perkara mudah. Namun begitu, jagalah cinta yang telah disemai dengan sebaiknya walaupun si dia tiada di hadapan mata. Ingat, jangan jadikan jarak pemisah sebagai penghalang kepada cinta anda berdua. Sebaliknya, lihat ia sebagai suatu cabaran dalam mematangkan hubungan anda dan si dia. Semoga cinta anda dan si dia bertahan dan semakin teguh ke akhirnya.

Cinta Itu Buta.. ♥♥

Sayang sahaja tidak cukup untuk menbina sebuah hubungan  yang bahagia.➜ CINTA adalah perkara penting yang perlu ada bagi menjayakan sesebuah hubungan kerana tanpa cinta kitatidak boleh Menyayangi seseorang dengan mudah... :') 

Sunday 25 November 2012

Tanda-Tanda Saya setia.. (kaum Adam)

Mood hari nie bukan nak jiwang pun.. tapi hanya mahu berkongsi apa yang diketahui sahaja.. Sharing Is Caring... ^_^

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap
3. Dia tidak akan sama sekali menyamakan kekasihnya dengan mana-mana kawan wanitanya.
4.

Friday 23 November 2012

Perasan seorang lelaki =')

Saya suka awak →Awak suka saya jugak→Kita kapel→kita bahagia→lama kita bersama awak mintak putus → Awak bahagia →Saya fake smile →Saya nampak awak→nak panggil awak→Awak jalan2 dengan pengganti saya berpegang tangan→Saya menangis→Lari ambik wuduk dan solat sunat hajat→Berdoa&berhajat→'supaya dosa awak diampunkan'

*Saya Sayang Awak! =')

Rindu Dia

Bila terasa rindu, apa sahaja yang dibuat semuanya tak kena. Semuanya tidak menjadi. Betul tak? Kalau dah rindu kita akan asyik terbayang-bayangkan si dia. Masa makan kita akan teringatkan dia disamping kita. Waktu tidur pun kita akan terbayangkan akan si dia. Lebih-lebih lagi jika si dia adalah insan yang paling kita sayangi... 

Tuesday 13 November 2012

Lelaki Perkasa !

Lelaki selalu dikatakan mempunyai hati yang keras,sifat degil,Pemalas.Tapi tidak semestinya lelaki seperti itu.lelaki apabila telah mempunyai seseorang yang dia sayangi,Dia akan menjaganya dengan betul.Lelaki akan  fahami apa erti cemburu apabila dia sudah menjalinkan hubungan dengan orang yang dia sayangi itu.Perasaan lelaki bukan seperti perempuan.Lembut,pemalu.Lelaki tidak akan menunjukkan perasaannya di depan orang yang di sayangi tetapi dia akan cuba melupakan perasaan itu secara perlahan-lahan.. kadang-kadang bukan salah lelaki kerana merosakkan hubungan. Tapi salah perempuan yang tidak reti menjaga perasaan Lelaki..

Friday 9 November 2012

Happy Holiday ヅ

Asalamualaikum dan selamat petang.. ^_^ Happy Holiday! Wah.Seronok gilew la dah cuti nie,tapikan kena berpisah dengan dia la.. tu tak seronok.. Aku nak dia! sape boleh dapatkan dia? :P Sekarang aku takde pape aktiviti untuk dibuat.aku rancang nak turun KL. Tapi Taknak tinggalkan dia la.. .:P Miss You MonsterBaik.

Tuesday 6 November 2012

Kami memang Gila...

Asalamualaikum... Hye! ^_^ okey,harinie aku nak kongsi sikit la pasal Teman... Hurm. korang mesti ada teman kan? tapi bolehkah korang bezakan Teman Dan Lawan?Teman nie kan, dia suka bantu kita,mendengar masalah kita.. Lawan nie pulak,erk,erk,erk, tau tau je la... :D Nie teman aku yang gile2 punya la... Kamarul Azim Muhaimin

Sunday 4 November 2012

Asalamualaikum.. :D

bersyukur terhadat Ilahi kerana memberi aku peluang untuk hidup di dunia yang sementara ini.. Hari ini. Sebuah Blog telah tercipta dan dinamakan "Diari Lelaki Malang".